Kertas ini mengkaji kemungkinan perubahan iklim ekstrim masa depan sekitar Malaysia berasaskan senario pancaran IPCC SRES A1B. Unjuran perubahan pada 17 stesen dihasilkan dengan membetul pincang output simulasi penurunan skala UKMO PRECIS. Simulasi menjangka kebarangkalian kejadian hujan ekstrim yang lebih tinggi di sekitar pantai barat semenanjung Malaysia semasa musim peralihan luruh. Simulasi turut mengunjur penambahan tinggi ekstrim suhu panas tetapi pengurangan rendah ekstrim sejuk.

File Type: pdf
Categories: Klimatologi, Perubahan Iklim, Suhu
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Sulit