Laporan Rangka Kerja Big Data NRE dihasilkan sebagai panduan untuk
melaksanakan projek big data oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar dan jabatan / agensi di bawahnya. Laporan ini menerangkan
dengan terperinci faedah dan nilai yang boleh diperoleh daripada
penggunaan aplikasi big data untuk pengurusan sumber asli dan alam
sekitar. Selain itu laporan ini juga menjelaskan panduan pelaksanaan
big data serta menggariskan polisi untuk memastikan tadbir urus yang
mantap dan menghasilkan analisis yang tepat dan berkualiti.

Categories: Big Data Analytics, Dasar & Polisi
Tags: Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Data Penerbitan, Kementerian Sumber Asli, Rangka Kerja