Penyertaan komuniti dalam pemuliharaan ekosistem berasaskan sistem bombon penting untuk membantu dalam meningkatkan nilai perkhidmatan ekosistem. Pemuliharaan ekosistem dilakukan adalah untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem, meminimumkan pembaziran dan mengelakkan kerosakan persekitaran. Sistem bombon memerlukan penyertaan komunti setempat atau komuniti kampung khususnya, bagi membantu dalam menentukan hala tuju dan menghasilkan keputusan disepanjang tempoh pelaksanaan sistem ini. Bombon merupakan kaedah pengurusan ekosistem yang diamalkan komuniti Kg. Marakau dalam menguruskan sumber sungai. Ekosistem sungai penting kerana terdapat pelbagai perkhidmatan ekosistem untuk kegunaan manusia termasuk makanan, perkhidmatan perubatan dan rekreasi. Seterusnya kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor dan bentuk penyertaan komuniti dalam pelaksanaan sistem bombon bagi mencapai tujuannya dalam keselamatan makanan, kesalamatan ekosistem dan produk pelancongan.

Categories: Sosial, Sosioekonomi
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Terbuka