Penyelidikan ini adalah kajian rintis yang dijalankan untuk mengkaji keserupaan pencemaran udara antara beberapa stesen di Malaysia menggunakan teknik dalam analisis data bertopologi yang dikenali sebagai homologi gigih. Sifat topologi pencemaran udara diperihalkan oleh ciri-ciri topologi seperti komponen berkait, lubang dan lompong. Habuk halus (PM10) yang diketahui sebagai pencemar utama digunakan untuk memperihalkan perilaku pencemaran udara di stesen pengawasan kualiti udara Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam.

File Type: pdf
Categories: Kualiti, Partikel Terampai, Udara
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Terbuka