Perubahan iklim memainkan peranan yang penting pada masa kini berikutan kesan serius terhadap kehidupan di bumi. Analisis tren perubahan iklim amat penting dalam mengenal pasti perubahan coraknya kerana analisis ini dapat memberi gambaran awal dalam membuat analisis lanjutan. Dalam kajian ini, analisis tren dilakukan untuk melihat perubahan iklim bagi parameter perubahan iklim, iaitu jumlah jatuhan hujan bulanan (mm), purata suhu bulanan (°C), purata radiasi global bulanan (MJm–2), purata kelajuan angin bulanan (m/s) serta purata kelembapan bulanan (%) sepanjang tempoh 1974 sehingga 2010.

Categories: Klimatologi, Perubahan Iklim
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Sulit