Lima lokasi (bandar, pinggir bandar, bandar baru, perindustrian, dan luar bandar) telah dipilih untuk persampelan partikel terapong di udara (TSP) dengan menggunakan alat persampelan high-volume. TSP tersebut telah dianalisa kandungan plumbum dan kadmiumnya dalam 3 pecahan ekstrak. Lokasi yang paling tercemar oleh plumbum ialah lokasi bandar BBP (Balai Bomba Pudu), manakala bagi kadmium pula ialah lokasi pinggir bandar UPM (Universiti Pertanian Malaysia). Lokasi yang paling bersih bagi kedua-dua logam tersebut adalah sama, iaitu lokasi luar bandar KSM (Kampung Sungai Merab).

File Type: pdf
Categories: Kualiti, Partikel Terampai, Udara
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Terbuka