Sumbangan ilmu para saintis seperti John Tyndall, Svante Arrhenius dan juga Milutin Milankovitch di dalam merangsang kefahaman ilmu sains atmosfera tidak boleh dinafikan. Hasil penelitian mereka telah menimbulkan usaha masa kini untuk mengurangkan kesan gas rumah kaca terhadap pemanasan global berterusan. Namun, kegagalan program pengurangan karbon telah menimbulkan kecelaruan dalam pengurusan adaptasi iklim global. Kajian ini cuba membuktikan wujudnya kecelaruan di dalam memahami aspek pemanasanglobal dan hubungkaitannya dengan kehadiran bencana persekitaran.

File Type: pdf
Categories: Gas Rumah Hijau, Karbon Dioksida, Perubahan Iklim
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Sulit