Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), yang diperkenalkan pada tahun 2015 oleh United Nations General Assembly (UNGA), berfungsi sebagai rangka tindakan penting negara untuk merangka polisi bagi memastikan masa depan mampan untuk rakyat. Ini merangkumi semua cabaran pembangunan dunia moden, termasuk ekonomi, sosial, politik, dan alam sekitar. Kekuatan Agenda Pembangunan Mampan 2030 adalah pendekatan yang komprehensif untuk menyelaraskan dasar pembangunan dan pada masa yang sama, memastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal.

Categories: Dasar & Polisi, Pembangunan Mampan
Tags: Data Penerbitan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Laporan