Pengesanan kelainan kualiti udara adalah penting sebagai sistem amaran awal untuk kawalan dan pengurusan kualiti udara. Maklumat ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap status kualiti udara semasa. Dengan menggunakan plot siri masa, corak data dapat dikenal pasti tetapi tidak dapat menentukan secara tepat kelainan akibat plot yang sesak. Oleh itu, untuk meningkatkan pengesanan, pemprofilan data visualisasi telah dibincangkan dalam kajian ini dengan menggunakan indeks pencemaran udara harian di Malaysia selama tujuh tahun.

File Type: pdf
Categories: Kualiti, Partikel Terampai, Udara
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Terbuka