Satu kajian terhadap 30 orang pesakit asma yang terdiri dari kanak-kanak telah dilakukan di Kuala Lumpur. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara PM10 dan serangan asma yang dialami oleh pesakit. Kajian berbentuk epidemiologi prospektif telah dilakukan dari 1 September 1994 sehinggga 31 Disember 1994. Pesakit asma telah dipilih dari Unit Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur.

Categories: Kesihatan Alam Sekitar, Sosioekonomi
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Terbuka