Penyelidikan ini dijalankan untuk mengesan perubahan guna tanah dan litupan bumi (LULC) di daerah Gombak, Selangor melalui pendekatan penderiaan jauh. Perbandingan data siri masa antara tahun 1989-1999, 1999-2014 dan 1989-2014 telah dilakukan bagi melihat perubahan LULC. Data yang digunakan ialah imej satelit Landsat (TM dan OLI-TIRS) dan Peta Guna Tanah Selangor 1990 terbitan Jabatan Pertanian Malaysia.

Categories: Guna Tanah, Tanah
Tags: Artikel Jurnal, Data Penerbitan, Sulit