Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup, dan pelepasan hasilan organisma sedemikian, dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi, dan jika terdapat ancaman kerosakan yang tidak dapat dikembalikan seperti sedia kala, kekurangan bukti saintifik yang sepenuhnya tidak boleh dijadikan sebab untuk tidak mengambil tindakan untuk mencegah kerosakan itu, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

File Type: pdf
Categories: Akta Biokeselamatan, Dasar & Polisi
Tags: Akta, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Data Penerbitan, Kementerian Sumber Asli